Monday, October 21, 2013

7 Sebab Mengapa Kita Perlu Suplemen

Halloo semua. Hari ni saya mau share pasal mengapa badan kita perlu suplemen. Di sini saya bagi anda 7 sebab:
  1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita boleh perolehi daripada makanan. Contohnya, vitamin C dan vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan di dalam tubuh.
  5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.
  7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

Kadang-kadang kita mengambil remeh tentang pengambilan suplemen kerana beberapa faktor dan diantaranya, yang paling famous, kita beranggapan yang gaya pemakanan kita sudah cukup sihat so vitamin dalam badan pun sudah cukup hanya kerana kita makan makanan sihat. Adakah anda menyediakannya dengan cara sihat juga? Tidak perlu kita tengok jauh-jauh. Tengok ja apa yang kita makan hari ni. Adakah kopi o kurang manis anda betul-betul tidak manis? Adakah sayur yang anda makan tidak terlebih masak dan tidak berminyak? Fikir-fikirkanlah ya.

That's all for now. Bye! :)

Sunday, October 20, 2013

Mengapa Shaklee?

Mengapa Shaklee ialah pilihan suplemen yang tepat untuk anda?
  1. Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa.
  2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.
  3. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.
  4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
  5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.
  6. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.
  7. Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA (Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
Bukan cincai ok. Shaklee sebenarnya ialah real deal. Kenapa saya suka Shaklee dan ambil keputusan untuk jadi distributor? Simple. Because it works. That's all. Kadang-kadang saya kecewa juga bila tengok orang lain yang pernah cuba Shaklee tapi tidak merasa kesannya kerana membeli dari orang yang salah. Itulah pentingnya beli Shaklee dari distributor yang boleh bagi constant consultation sebab distributor begini boleh bantu anda mengambil suplemen Shaklee dengan lebih berkesan dan membantu anda mengatasi healing crisis.

Kesimpulannya, Shaklee memang pilihan yang terbaik untuk anda dan untuk merasa kebaikan Shaklee sepenuhnya, belilah dari distributor yang boleh bagi constant consultation seperti saya. Hihi.

Jangan malu, jangan ragu. Hubungi saya terus k.


Saya ialah pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna dan di seluruh Sabah juga di Semenanjung Malaysia.

Thursday, October 17, 2013

Dimana Shaklee Kota Kinabalu? (dengan panduan video)

Tahukah anda bahawa di Sabah dan Sarawak ini cuma ada SATU branch Shaklee? Tapi, dimanakah kedudukan Shaklee dalam peta? Wahai warga KK sekalian, check this out.


Nampak macam familiar? Hehe

Kalau dari City Mall, jalan terus menuju ke kawasan Iramanis. Di sebelah kanan anda akan nampak ISUZU so kena standby di lorong kanan sebab kena buat U-Turn di traffic light depan sikit lagi.

Kalau dari arah bertentangan pula, maksudnya dari arah Jalan Tuaran, sila tengok video ini. Dalam video ni ada nampak traffic light yang perlu U-Turn kalau datang dari arah City Mall.


Minta maaflah kerana ada sedikit pergaduhan manja di situ. Haha. Dengan yakinnya saya bagitau hubby yang bangunan dekat simpang tu bangunan Isuzu. Padahal Mitsubishi. Haha. Salah ingat.

Okeh, sudah masuk simpang, nampaklah satu bangunan cantik di sebelah kanan. Di bawah bangunan tu ada Restoran Fook Yuen dan Mitsubishi Showroom. Shaklee di tingkat 4 ya.

Ini ialah alamat Shaklee.

Shaklee Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Tel: 6088-393848

Working hours
Monday to Friday, 1st & 2nd Saturday of the month
10am to 7pm

So apa lagi. Jom Shaklee! :)

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna dan di seluruh Sabah.


Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Shaklee? Ketinggalan zaman?

Pada suatu hari, saya berborak-borak dengan kawan. Lalu, keluarlah soalan ini 'Ko tau Shaklee ka?' Reaksi kawan saya itu agak luar biasa. Lucu pun ada, terkedu dek kebenaran pun ada. Dia jawab apa?

Dia jawab 'Ada ka orang tidak tau Shaklee zaman sekarang ni?' Saya mau jawab 'Adaaa' tapi saya diam sebab saya mau dengar apa yang dia akan cakap seterusnya. Dia sambung 'Kalau ada, mesti dia baru keluar dari gua tu'. Nasib baik belum cakap 'Ada'. Haha

Sebenarnya memang masih ada yang belum mengenali Shaklee. Tapi yang sudah kenal pun ramai. Dan kebanyakannya kenal secara online. Mungkin ada diantara yang membaca entri ini sedang mencari-cari produk yang sesuai untuk mereka. See?

Tahniah kerana anda bukan golongan yang baru keluar dari gua. Kalau iya pun, no problem. Saya boleh guide anda supaya anda tahu banyak perkara mengenai kebaikan Shaklee. So, jangan malu-malu bertanya, okay. Saya sedia membantu :)


Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna dan di seluruh Sabah.

Sunday, October 6, 2013

Kebaikan menjadi ahli Shaklee

Entry lepas saya cerita tentang Mengapa Saya Memilih untuk menjadi ahli Shaklee. Hari ni pula saya mau cerita pasal kebaikan menjadi ahli Shaklee dari sudut pandangan saya.

Seperti yang saya bagitau di entry yang lepas, saya jadi ahli Shaklee sebab saya sendiri sudah merasa kebaikan produk Shaklee dan percaya dengan keberkesanannya. Mula-mula tu tiada langsung rasa mau berbisnes Shaklee ni. Tapi, lepas tengok group Shaklee di Facebook (nanti saya cerita group apakah yang dimaksud kan ini), wahh, ramai yang sangat tekun berbisnes dan saya belajar banyak perkara dalam group tersebut. Banyak, okay. Bukan saja pasal produk-produk Shaklee tapi tentang cara-cara untuk menjalankan bisnes.

Jadi, nak dijadikan cerita, saya pun bagitau la upline saya, Kak Ereena Hamzah, yang saya mau cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan Shaklee ni. I must say that I am soooo grateful I met this wonderwoman. Saya bagitau ja dia, tanpa membuang masa, kak Ereena terus membimbing saya step by step. Mind you, pengetahuan saya dalam bisnes Shaklee ni memang zero jadi saya tidak tahu dari manakah perlu saya mula. Tapi syukur dengan bimbingan Kak Ereena, saya belajar sedikit demi sedikit dan boleh berdikari pada hari ini. Walau bagaimana pun, saya masih perlu bimbingan berterusan dari upline saya kerana we learn from the best, right?



Okay. Jom kita tengok apa yang best jadi ahli Shaklee ni.

Share the LOVE
Saya sudah rasa kebaikan Shaklee. Saya mau orang lain pun rasa kebaikan Shaklee juga. Saya pasti kita semua pernah mengalami situasi ini: Kita tengok wayang dan wayang tu sangat best. Kawan kita tercari-cari wayang apakah yang dia nak tengok. Kita pun suggest 'Tengok la wayang (isikan tempat kosong) ni. Best!' Kenapa kita bagitau dia wayang tu best dan suggest dia untuk tengok wayang tu? 1. Sebab kita care dengan dia dan kita mau dia pun rasa duit dia berbaloi untuk tengok wayang tu. 2. Sebab kita tau wayang tu best jadi kita yakin untuk membantu dia membuat pilihan. Begitu la juga dengan saya dan Shaklee. Saya rasa Shaklee best, jadi saya happy kalau saya dapat tolong orang dengan sesuatu yang saya percaya.

Harga Member
Of course la kan. Harga member ni bukan murah RM2-3 tau. Boleh sampai puluh-puluh ringgit. Kalau anda sendiri mengamalkan Shaklee, bukankah boleh berjimat? Kalau kita mau beli untuk family member lagi? Kalau saya memang saya belikan Shaklee untuk parents saya dan suami saya atau siapa-siapa sahaja ahli keluarga terdekat yang memerlukan.

Group FB Shaklee
Untuk pengetahuan anda semua, kami ada group FB kami sendiri di mana kami berkongsi info-info mengenai produk, customer-customer yang mengalami masalah yang unik dan berbeza (kenapa? supaya kami tau apa yang terbaik untuk suggest kepada customer dan pada masa yang sama, belajar untuk kegunaan masa depan). One of the most beautiful thing about this is we make new friends. Belajar bersama-sama, grow together, and jadi kawan. I am grateful with the friends I met in my Shaklee journey. Seriously.

Side Income
Do I earn more than my earning in my current job? No. Not yet. But I will get there, with God's will. Setakat ini pendapatan Shaklee saya memang belum mengatasi pendapatan kerja saya sekarang tapi saya berpuas hati. Kalau dulu memang asyik kering ja. Tengah-tengah bulan tu memang tarik poket keluar, kosong. Ada habuk ja. Tapi syukur la dengan Shaklee, tengah-tengah bulan ni ada la juga duit masuk. Hehe. And good news! Bonus Shaklee masuk time tengah bulan. Wah, tau-tau ja Shaklee ni masa-masa kering. Am I happy? I am contented :)

More than just supplement / business
Bagi saya, Shaklee is more than just supplement / business. It's a lifestyle. Bila sudah jual Shaklee ni, takkan saya sendiri tidak mengamalkan Shaklee kan. Betul, memang rasa perbezaannya kalau badan cukup vitamin-vitamin yang diperlukan. Bila sudah rasa perbezaannya, mulalah timbul rasa untuk mau yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Mulalah saya membebel kalau suami saya lupa minum banyak air. Haha. Hei, itu perkara bagus okay. Saya mau dia pun sihat. Terdorong mau jadi lebih sihat so mula la cara hidup sihat. Makan pun berpada-pada. Kalau dulu main hentam ja makanan di luar. Bila sudah tau tentang betapa terdedahnya kita kepada bahaya radikal bebas dan racun-racun serangga dalam makanan, kita pun jadi lebih berhati-hati.

So, itulah kebaikan-kebaikan yang saya rasa menjadi ahli Shaklee. Kenapa saya share? Berbalik kepada kebaikan yang pertama: Share the LOVE.

Jadi saya menyeru kepada sesiapa sahaja yang membaca entry ini, kalau anda mempunyai sebarang soalan, tidak kiralah mengenai membership atau produk Shaklee, sila hubungi saya terus k. Saya akan bantu anda dengan sedaya upaya saya.

That's all for now. Bye!

Love,
Angel
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Saya ialah Shaklee Independent Distributor anda di Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna dan di seluruh Sabah.