Hi semua.
Minta maaf banyak-banyak sebab baru muncul semula di alam maya ini. Selama saya diam-diam ni, banyak perkara sudah terjadi. Antaranya, mengikut kronologi:
- Bertukar ke Kota Kinabalu - Untuk pengetahuan semua dan kepada yang belum tau, sebelum ni saya bekerja di Semporna. Sekarang saya telah bertukar ke Kota Kinabalu. Tapi customer di Semporna dan Sandakan jangan risau. Jarak Semporna-KK dan Sandakan-KK tu dekat ja kalau di peta. Maksudnya, masih boleh dicapai dengan courier, poslaju, penghantaran menggunakan bas, dsbgnya. Shaklee anda tetap akan bergerak ke sana k. Oleh kerana baru berpindah, agak sibuk sikit sampai tiada masa buat blogging.
- Ibu meninggal dunia - Pada tanggal 31 Januari yang lalu, ibu tersayang saya telah dipanggil oleh Sang Pencipta kerana sakit cancer. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya dan bagaimana rindunya saya dengan mendiang ibu saya tapi saya harus tabah. Semasa ibu saya sakit, saya ada memberikan ibu saya Nutriferon dan Vivix. Nutriferon sangat membantu ibu saya dalam mengatasi ketidakselesaan akibat rawatan kemoterapi. Vivix pula memberi tenaga kepadanya kerana pesakit cancer yang menjalani rawatan kemoterapi akan berasa lemah selepas menerima rawatan. Saya akan berkongsi tentang bagaimana Shaklee boleh membantu pesakit cancer.
- Mengambil masa untuk menyesuaikan diri - Belum sempat saya menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan tempat kerja baru, ibu saya kembali kepada Sang Pencipta. Saya sangat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang saya sebutkan tadi. Namun begitu, bisnes Shaklee tidaklah saya abaikan sewenang-wenangnya. Saya tetap berusaha secara offline dan di Facebook. Saya tetap ber-whatsapp dengan group OSE saya. Dan hasil dari usaha itu, saya telah berjaya mencapai sesuatu iaitu.... hehe. Nanti saya akan blog pasal tu k.
Demikianlah panjang lebar penerangan kenapa saya menyepi tanpa khabar di blog ini. Saya berharap, anda semua masih ingat saya dan masih setia membaca blog saya.
So, saya rasa sampai di sini sajalah untuk hari ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee dan peluang bisnes Shaklee, jangan ragu dan jangan malu untuk contact saya di 0168474352 k. Whatsapp2 pun boleh. hehe
Bye bye :)
Saya ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu dan bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada.