Hello.
Gambar di bawah ini ialah gambar saya dan adik saya semasa percutian kami ke Bali minggu lepas. Saya yang di belakang tu cekak pinggang bajet model. Haha. Bali, seronok sangat!
Lepas balik dari Bali, ada satu semangat baru yang luar biasa. Semangat apakah itu? Semangat untuk detox dan turunkan berat badan hasil dari pemakanan secara melulu dan berlebihan di Bali! Haha. But yes. Seriously.
Tapi turunkan berat badan tu perkara kedua dalam list. Yang lebih penting ialah detox. Beberapa minggu lepas, saya berjumpa dengan doktor kerana mengalami sakit lutut dan sakit tumit. Doktor kata berat badan saya sudah terlalu berlebihan. Berlebihan tahap obese. Saya sedar berat badan saya semakin menaik dan saya susah menurunkan berat badan saya walaupun saya ke gym dan berdiet. Doktor pun cadangkan saya untuk mencuci hati saya kerana dia kata hati yang tidak sihat akan membuatkan berat badan susah turun dan hormon tidak stabil. Nah, kedua-dua yang disebut oleh doktor itu benar! Selain susah turun berat badan, period saya pun tidak stabil. Macam ahli nujum pula doktor ni. Tepat sekali. Jadi mau dipendekkan cerita, dia syorkanlah satu suplemen untuk mencuci hati tapi mahal benar harganya. Dia kata kalau tidak mau suplemen yang dia syorkan, boleh cuba suplemen lain dulu dan dia suruh saya buat research. Suplemen pertama yang terlintas di fikiran saya, Shaklee!!
Apa yang saya akan buat sepanjang Christmas Countdown ini?
Program ini bermula dari 17 Disember sehingga 23 Disember (7 hari). Tidak sampai hari Christmas pun. Sengaja saya tidak menjadikan 25 Disember sebagai deadline kerana saya tahu saya akan sibuk pada hari Krismas dan tidak dapat update blog. Sepanjang program, saya akan mengambil DTX Complex (tonik untuk hati), Herblax (pencuci usus) dan Cinch (pengurusan berat badan). Saya akan membuat entri harian di blog ini untuk update mengenai perjalanan program ini. Saya juga akan mengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi dan makanan dan minuman yang manis. Saya juga akan membuat senaman seperti jogging dan yoga.
Walaupun menurunkan berat badan bukan fokus utama dalam program ini, saya akan mengambil berat badan hari pertama dan membuat perbandingan dengan bacaan hari ke-7 sebagai panduan saya sekiranya saya ingin mereka satu program khas untuk menguruskan berat badan saya.
Okay. Sampai di sini saja. Jumpa di entri pertama Christmas Countdown bersama Shaklee esok.
Daaaa.
No comments:
Post a Comment