Showing posts with label Weightloss Update. Show all posts
Showing posts with label Weightloss Update. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Christmas Countdown bersama Shaklee

Hello.

Gambar di bawah ini ialah gambar saya dan adik saya semasa percutian kami ke Bali minggu lepas.  Saya yang di belakang tu cekak pinggang bajet model. Haha. Bali, seronok sangat!



Lepas balik dari Bali, ada satu semangat baru yang luar biasa. Semangat apakah itu? Semangat untuk detox dan turunkan berat badan hasil dari pemakanan secara melulu dan berlebihan di Bali! Haha. But yes. Seriously.

Tapi turunkan berat badan tu perkara kedua dalam list. Yang lebih penting ialah detox. Beberapa minggu lepas, saya berjumpa dengan doktor kerana mengalami sakit lutut dan sakit tumit. Doktor kata berat badan saya sudah terlalu berlebihan. Berlebihan tahap obese. Saya sedar berat badan saya semakin menaik dan saya susah menurunkan berat badan saya walaupun saya ke gym dan berdiet. Doktor pun cadangkan saya untuk mencuci hati saya kerana dia kata hati yang tidak sihat akan membuatkan berat badan susah turun dan hormon tidak stabil. Nah, kedua-dua yang disebut oleh doktor itu benar! Selain susah turun berat badan, period saya pun tidak stabil. Macam ahli nujum pula doktor ni. Tepat sekali. Jadi mau dipendekkan cerita, dia syorkanlah satu suplemen untuk mencuci hati tapi mahal benar harganya. Dia kata kalau tidak mau suplemen yang dia syorkan, boleh cuba suplemen lain dulu dan dia suruh saya buat research. Suplemen pertama yang terlintas di fikiran saya, Shaklee!!

Apa yang saya akan buat sepanjang Christmas Countdown ini?

Program ini bermula dari 17 Disember sehingga 23 Disember (7 hari). Tidak sampai hari Christmas pun. Sengaja saya tidak menjadikan 25 Disember sebagai deadline kerana saya tahu saya akan sibuk pada hari Krismas dan tidak dapat update blog. Sepanjang program, saya akan mengambil DTX Complex (tonik untuk hati), Herblax (pencuci usus) dan Cinch (pengurusan berat badan). Saya akan membuat entri harian di blog ini untuk update mengenai perjalanan program ini. Saya juga akan mengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi dan makanan dan minuman yang manis. Saya juga akan membuat senaman seperti jogging dan yoga.

Walaupun menurunkan berat badan bukan fokus utama dalam program ini, saya akan mengambil berat badan hari pertama dan membuat perbandingan dengan bacaan hari ke-7 sebagai panduan saya sekiranya saya ingin mereka satu program khas untuk menguruskan berat badan saya.

Okay. Sampai di sini saja. Jumpa di entri pertama Christmas Countdown bersama Shaklee esok.

Daaaa.

Thursday, September 19, 2013

Alamak! Terlebih sudah!

Hello semua. Ni mau update sikit pasal weightloss journey saya.

Last weekend balik KK. Kalau sudah balik rumah tu memang sah-sah tidak boleh elak makanan. Namun, saya cuba juga bertahan. Saya makan sikit sebab bapa saya tidak suka orang yang tidak makan waktu masa makan. Tapi sikit tu pun sebenarnya... agak banyak juga la. Banyak dari yang biasa. Ha, tu satu. Yoga pula langsung tidak buat! 4 hari di rumah, seminit pun tiada masa beryoga. Lagi la. Rasa bersalah dalam dada ni menebal rasa macam mau hantuk kepala di dinding.

Fast forward. Cuti habis. Balik ke tempat kerja. Sambung diet dan yoga. Naik penimbang. Naik 400g. Ambik kau! Saya pun apa lagi. Panik la. Serta merta sambung diet. 2 hari kemudian, hilang balik 400g tu. Syukur. Baiklah. Insaf!! Tidak mau naik lagi!

Geng Cinch semakin bertambah. Happynya. Hehe. Saya rasa saya perlu buat satu secret group la untuk support customer Cinch aka teman seperjuangan Cinch saya. Kalau ramai best sikit. Dalam group tu boleh share info dan bagi semangat di antara satu sama lain. Betul tak?

Baiklah. Sekian saja laporan weightloss saya hari ini. Kita berjumpa lagi di masa akan datang dan pada masa itu, anda akan berjumpa dengan Angelina yang lebih ringan. Hehe :)



Bye! :)

Monday, September 9, 2013

Cinch Review

Pagi tadi naik atas scale. Berat badan menunjukkan angka yang lebih kecil! Dari 68.7kg ke 67.7kg! Wahh. Turun 1kg selepas 3 hari mengambil Cinch!

Ini ialah set megurangkan berat badan saya:

OmegaGuard, Cinch, Alfafa

Mula-mula saya ambil OmegaGuard & Alfafa Complex sahaja. Dua supplement ini la yang membantu saya turun dari 70.5kg ke 68.7kg. Lepas tu tengok dompet, ada duit lebih sikit jadi saya try la Cinch. Lagipun saya mau tengok sejauh mana saya boleh mengurangkan berat badan dengan Cinch. Kalau berkesan dengan saya, saya boleh share dengan anda semua. Betul? Setakat ni, I am one happy Cinch-er! Sudah la sedap, mengurangkan berat badan lagi. I like!

Selain mengambil set ini, saya juga buat senaman yoga setiap hari dan gaya hidup saya memang aktif. Nama pun cikgu kan, kerja saya di sekolah selain mengajar ialah berdiri, berjalan ke kelas yang berblok-blok jauhnya dan naik tangga bangunan. Pada masa yang sama, saya sengaja melebihkan kerja-kerja yang saya buat supaya dapat membakar lebih kalori dari yang biasa. Bukan duduk diam tunggu berat badan turun tau. Salah tu.

Sekiranya anda sampai di sini dan membaca review ini, anda mungkin sedang mencari bagaimana cara nak menurunkan berat badan, apakah produk menurunkan berat badan Shaklee yang sesuai dengan anda, atau anda mungkin sedang membuat research mengenai keberkesanan Cinch dan produk Shaklee yang lain. Apa pun sebab anda, anda berada di tempat yang betul kerana saya akan membantu anda.

Jom turunkan berat badan bersama-sama. Best kalau ada geng ni. Lebih bersemangat dan fokus :)

Sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma, silalah hubungi saya di:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352