Tuesday, December 16, 2014

Christmas Countdown bersama Shaklee

Hello.

Gambar di bawah ini ialah gambar saya dan adik saya semasa percutian kami ke Bali minggu lepas.  Saya yang di belakang tu cekak pinggang bajet model. Haha. Bali, seronok sangat!



Lepas balik dari Bali, ada satu semangat baru yang luar biasa. Semangat apakah itu? Semangat untuk detox dan turunkan berat badan hasil dari pemakanan secara melulu dan berlebihan di Bali! Haha. But yes. Seriously.

Tapi turunkan berat badan tu perkara kedua dalam list. Yang lebih penting ialah detox. Beberapa minggu lepas, saya berjumpa dengan doktor kerana mengalami sakit lutut dan sakit tumit. Doktor kata berat badan saya sudah terlalu berlebihan. Berlebihan tahap obese. Saya sedar berat badan saya semakin menaik dan saya susah menurunkan berat badan saya walaupun saya ke gym dan berdiet. Doktor pun cadangkan saya untuk mencuci hati saya kerana dia kata hati yang tidak sihat akan membuatkan berat badan susah turun dan hormon tidak stabil. Nah, kedua-dua yang disebut oleh doktor itu benar! Selain susah turun berat badan, period saya pun tidak stabil. Macam ahli nujum pula doktor ni. Tepat sekali. Jadi mau dipendekkan cerita, dia syorkanlah satu suplemen untuk mencuci hati tapi mahal benar harganya. Dia kata kalau tidak mau suplemen yang dia syorkan, boleh cuba suplemen lain dulu dan dia suruh saya buat research. Suplemen pertama yang terlintas di fikiran saya, Shaklee!!

Apa yang saya akan buat sepanjang Christmas Countdown ini?

Program ini bermula dari 17 Disember sehingga 23 Disember (7 hari). Tidak sampai hari Christmas pun. Sengaja saya tidak menjadikan 25 Disember sebagai deadline kerana saya tahu saya akan sibuk pada hari Krismas dan tidak dapat update blog. Sepanjang program, saya akan mengambil DTX Complex (tonik untuk hati), Herblax (pencuci usus) dan Cinch (pengurusan berat badan). Saya akan membuat entri harian di blog ini untuk update mengenai perjalanan program ini. Saya juga akan mengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi dan makanan dan minuman yang manis. Saya juga akan membuat senaman seperti jogging dan yoga.

Walaupun menurunkan berat badan bukan fokus utama dalam program ini, saya akan mengambil berat badan hari pertama dan membuat perbandingan dengan bacaan hari ke-7 sebagai panduan saya sekiranya saya ingin mereka satu program khas untuk menguruskan berat badan saya.

Okay. Sampai di sini saja. Jumpa di entri pertama Christmas Countdown bersama Shaklee esok.

Daaaa.

Tuesday, November 25, 2014

Hello. I'm back!

Uhuk uhuk.

Lamanya sudah tidak update blog. Blog pun berhabuk sudah. Haha. Baru ada kesempatan update blog.

Sebenarnya, saya sangat sibuk beberapa bulan ini. Sedang menyesuaikan diri dengan banyak benda baru di sekeliling saya. Tidak perlulah saya bercerita panjang lebar mengenai itu. Yang penting, I'm back!

I'm excited!



Okeh. Jadi setelah sekian lama, mau buat declaration ni. Ehem, ehem. Testing 1 2 3.

Saya, Angel, pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah dan bersedia untuk mencapai anda di mana juga anda berada.

Woohoo!

Jumpa di entri yang akan datang.

Tuesday, April 29, 2014

Enfuselle

Kulit muka anda...

..berminyak?
..berjerawat?
..ada parut jerawat?
..kelihatan kusam dan tua?

Jom cuba Enfuselle Basic Set Normal-Oily.

Saya sendiri menggunakannya dan saya sangat berpuas hati. Dan yang paling penting sekali, kalau miss P datang melawat dan jerawat timbul akibat perubahan hormon, saya tidak perlu risau sebab Enfuselle bantu saya menghilangkan kesan jerawat di muka saya.


Untuk kulit kering pula?

Untuk kulit kering pun ada. Enfuselle Basic Set Normal-Dry.

Lebih info, jom kita Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Monday, March 24, 2014

PENGEDAR SHAKLEE DI KOTA KINABALU

Hai! Saya Angelina, pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Juga bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada :)

pengedar shaklee di kota kinabalu
Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu.

Tuesday, March 11, 2014

SUPERVISOR dan 4 ANGKA

Hi semua.

Masih ingatkah dengan 'sesuatu' yang saya janji untuk bagitau dalam entri INI?

Okay, hari ni saya mau cerita. Jom baca!

Pada bulan Februari yang lalu, berkat usaha gigih dan sokongan berpanjangan dari group OSE (Our Shaklee Empire) dan upline, saya berjaya naik pangkat ke SUPERVISOR. Dalam Shaklee ni ada banyak rank ataupun pangkat. Dari Distributor, naik jadi Assistant Supervisor, naik jadi Supervisor, naik jadi Senior Supervisor, dan seterusnya sampai la jadi Master. Yang dapat jadi Master ni bukan calang-calang orangnya. Pendapatan tak payah cakap la. Sampai RM700k sebulan pun ada. Kalau saya, perjalanan ke sana masih jauh tapi saya akan terus berjalan la. Tidak akan berhenti :)

Bila sudah naik jadi Supervisor, banyak kelebihannya. Tanggungjawab juga semakin berat kerana kita pula kena bantu anak-anak Shaklee kita naik jadi Supervisor. Di group kami, kami tidak biarkan anak-anak atau sesiapa saja di susur galur kami merana sendirian tanpa arah tuju. Kami bagi support dan yang paling saya suka sekali ialah, kami jadi satu keluarga yang rapat dan saling membantu. Selain dari dapat bonus itu ini, kita juga layak untuk car bonus (sekiranya memenuhi syarat). Best la. Bila sudah naik jadi Supervisor ni, berkobar-kobar semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bisnes Shaklee ni.

Selain dari itu.. buat pertama kalinya, saya dapat bonus 4 angka! Yaayy! Memang best bila usaha membuahkan hasil. Macam yang saya mention di entri sebelum ini, Shaklee ni MLM yang adil. Kalau usaha baik, bonus pun baik punya. Kalau usaha ala-kadar, bonus pun ala-kadar ja la. Jadi semua pilihan kita.

So, siapa mau join group kami? Kami tidak janji banyak. Kami tidak janji pendapatan ribu-ribu yang tiba-tiba turun dari langit hasil dari tidak berbuat apa-apa. Yang kami boleh janji ialah:

INFORMATION
OSE ialah group Facebook tempat kami share information mengenai Shaklee, bisnes Shaklee dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Kami mengalu-alukan semua orang untuk menjadi sebahagian dari group kami, dari yang jadi member Shaklee untuk kegunaan sendiri sampailah yang jadi member Shaklee sebab mau serius berbisnes.

BUSINESS SUPPORT
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Shaklee dan ingin mengembangkan empayar Shaklee anda, anda berada di tempat yang betul kerana di OSE, kami juga share mengenai business tips dan sekiranya anda memerlukan one-to-one atau group coaching, kami akan buat secara PERCUMA. Kenapa? Lihat point seterusnya.

CARE & LOVE
Di OSE, kami lebih dari hanya pengedar Shaklee. Kami lebih dari hanya rakan bisnes. Kami ialah kawan dan keluarga sesama kami sendiri. Kalau tidak percaya, joinlah kami dan anda akan tau betapa bestnya berniaga / menggunakan Shaklee apabila anda berada di dalam OSE di mana kita semua mempunyai sesuatu yang sama: Shaklee.

Ada soalan mengenai bisnes Shaklee, membership atau mengenai group OSE (Our Shaklee Empire)? Sila hubungi saya di 0168474352 (Angel). Whatsapp pun boleh :)

Last but not least...


Yup! Kami oooOSEm. Come and join and feel the OSEm-ness :)

Bye. Jumpa lagi.

Saya ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Sabah dan bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada.

Monday, March 10, 2014

PERKONGSIAN PERIBADI MENGENAI BISNES SHAKLEE

Hi semua.

Beberapa hari yang lepas saya ada membuat sedikit perkongsian peribadi mengenai Shaklee di personal FB saya. Ini ialah petikan perkongsian saya:

Sekadar perkongsian peribadi.

Rasa ingin tahu membuatkan sa pernah ikut beberapa MLM yang membuatkan sa 'jara' atau serik mau join mana-mana MLM lagi. Shaklee pun MLM juga. Masa sa join, sa fikir mo makan suplemen sendiri ja so sa tidak kisah la dia MLM ka tidak.

Tapi MLM Shaklee sa suka. Sebab dia bukan jenis yang ko cari orang, suruh orang ko cari orang, okeh, boleh minum kopi tunggu pendapatan beribu-ribu. Kalau join Shaklee pasal tu, minta maap la ah. Salah sebab kamu join ni. Walaupun Shaklee ni MLM, kalau ramai downline sekali pun tapi kita sendiri malas, memang 'malas' juga la pendapatan kita. Sa tidak percaya 'duduk diam-diam tunggu duit ribu-ribu' sbb sa sangat berpegang kepada prinsip 'Mau duit? Kerja'. Sbb itu la sa sayang suka cinta Shaklee. Sa rasa selamat sbb dia straightforward, dan sa tidak perlu fikir 'Eee. Tipu ka ni ah?'

Bila orang bertanya sinis 'Berapa juta la pendapatan ko di Shaklee?' Jawapan sa 'Kalau usaha sa bulan tu cantik, cantik juga la paycheck sa. Kalau buruk, buruk juga la paycheck sa' dengan rasa yakin dan SELAMAT (sebab tidak rasa tertipu dengan apa2 scheme yang tersembunyi).

Selain tu, sa mmg ambil suplemen Shaklee dan sekarang ni sedang mencukupkan set penjagaan wajah Enfuselle pula. Ramai orang jadi member sebab mo pakai sendiri ja. Sambil2 dapat harga member, boleh kumpul2 point untuk dapat rebate. Sa pun bermula begitu la. Sampai la terjumpa support group Shaklee uplines sa yang membuatkan hati terdetik untuk menceburi bidang perniagaan Shaklee. Skrg, sa suda jatuh cintahhh! Hehe

Dan skrg juga sa suda ada my own OSEm group! OSE stands for Our Shaklee Empire dan disana la keluarga Shaklee sa, dari yang serius berbisnes, sampai la yang jadi member untuk kegunaan sendiri ja berkumpul. OSE is one of my happy factors!

Kesimpulannya, yes, Shaklee is an MLM business, a straightforward and safe one, and if you belong to a support group like OSE, it could be a fun one too!

So if you are you interested to be a part of our OSEm group, contact me now at 0168474352.

The end.

Itu la dia perkongsian ikhlas dan jujur dari saya. Sebab itu la saya sangat enjoy dengan Shaklee. Bila kita suka apa yang kita buat, memang best la.


So, sekiranya anda curious dengan bisnes Shaklee dan mahu tahu dengan lebih lanjut lagi, kita calling-calling, whatsapp-whatsapp ja k. My number 0168474352 (Angel)

See ya!

Saya, Angel, ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu dan bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada.

Sunday, March 9, 2014

I am back!

Hi semua.

Minta maaf banyak-banyak sebab baru muncul semula di alam maya ini. Selama saya diam-diam ni, banyak perkara sudah terjadi. Antaranya, mengikut kronologi:
  1. Bertukar ke Kota Kinabalu - Untuk pengetahuan semua dan kepada yang belum tau, sebelum ni saya bekerja di Semporna. Sekarang saya telah bertukar ke Kota Kinabalu. Tapi customer di Semporna dan Sandakan jangan risau. Jarak Semporna-KK dan Sandakan-KK tu dekat ja kalau di peta. Maksudnya, masih boleh dicapai dengan courier, poslaju, penghantaran menggunakan bas, dsbgnya. Shaklee anda tetap akan bergerak ke sana k. Oleh kerana baru berpindah, agak sibuk sikit sampai tiada masa buat blogging.
  2. Ibu meninggal dunia - Pada tanggal 31 Januari yang lalu, ibu tersayang saya telah dipanggil oleh Sang Pencipta kerana sakit cancer. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya dan bagaimana rindunya saya dengan mendiang ibu saya tapi saya harus tabah. Semasa ibu saya sakit, saya ada memberikan ibu saya Nutriferon dan Vivix. Nutriferon sangat membantu ibu saya dalam mengatasi ketidakselesaan akibat rawatan kemoterapi. Vivix pula memberi tenaga kepadanya kerana pesakit cancer yang menjalani rawatan kemoterapi akan berasa lemah selepas menerima rawatan. Saya akan berkongsi tentang bagaimana Shaklee boleh membantu pesakit cancer.
  3. Mengambil masa untuk menyesuaikan diri - Belum sempat saya menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan tempat kerja baru, ibu saya kembali kepada Sang Pencipta. Saya sangat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang saya sebutkan tadi. Namun begitu, bisnes Shaklee tidaklah saya abaikan sewenang-wenangnya. Saya tetap berusaha secara offline dan di Facebook. Saya tetap ber-whatsapp dengan group OSE saya. Dan hasil dari usaha itu, saya telah berjaya mencapai sesuatu iaitu.... hehe. Nanti saya akan blog pasal tu k.
Demikianlah panjang lebar penerangan kenapa saya menyepi tanpa khabar di blog ini. Saya berharap, anda semua masih ingat saya dan masih setia membaca blog saya.

So, saya rasa sampai di sini sajalah untuk hari ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee dan peluang bisnes Shaklee, jangan ragu dan jangan malu untuk contact saya di 0168474352 k. Whatsapp2 pun boleh. hehe

Bye bye :)

Saya ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu dan bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada.

Friday, December 6, 2013

Set Ibu Hamil dan Ibu Menyusu Shaklee

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi ilmu yang saya pelajari semasa menghadiri Health & Wellness Talk bertopik Nutrisi Lengkap untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu.

Mengapa nutrisi lengkap penting untuk ibu hamil dan ibu menyusu?

  • Ibu sihat
  • Bayi sihat
  • Kelahiran tanpa komplikasi
Selepas bersalin, sesetengah ibu berhadapan dengan masalah berikut:
  • kurang susu ibu
  • masalah berat badan
  • baby blues atau kemurungan yang diakibatkan oleh hormon yang tidak seimbang
  • osteoporosis, sakit bahu, sakit punggung
Kepentingan nutrisi selepas bersalin
  • Pemulihan selepas bersalin
  • Penyusuan
  • Meningkatkan kesihatan

Ok, sekarang kita suda tahu mengapa ibu hamil dan ibu menyusu memerlukan nutrisi lengkap dan inilah Set Ibu Hamil dan Set Ibu Menyusu Shaklee yang disyorkan oleh pakar nutrisi kami.


Setiap botol ni ada kegunaan dan kepentingan tersendiri. Jom baca mengapa ibu hamil dan ibu menyusu perlu Set Ibu Hamil dan Set Ibu Menyusu ni.

ESP Soy Protein Isolate Powder

  • Semasa hamil, ESP penting untuk memastikan pertumbuhan bayi sihat. Protien diperlukan untuk pembentukan tisu baru. Juga memberi tenaga berpanjangan kepada ibu.
  • Selepas bersalin, ESP penting untuk penghasilan susu ibu penuh nutrisi selain memberi tenaga kepada ibu.
Sustained Release Vita-C Plus
  • Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik
  • Penting dalam penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan
  • Meningkatkan sistem imun supaya tidak mudah terkena jangkitan penyakit
Vita-Lea Iron Formula
  • Memberi vitamin lengkap kepada ibu dan anak
  • Diperkaya dengan zat besi yang merupakan komponen penting dalam hemoglobin yang membawa oksigen kepada bayi
  • Kekurangan zat besi menyebabkan anemia dan kelahiran pra-matang
B-Complex
  • Penting untuk motor sensor dan perkembangan otak bayi
  • Mencegah kecacatan tiub neural
  • Meningkatkan fungsi saraf
  • Selepas bersalin, penting dalam proses pemulihan dan mengurangkan risiko kemurungan (baby blues)
  • Penghasilan susu berkualiti
Ostematrix
  • Membina dan menghasilkan tulang yang kuat
  • Tahukah anda, jika bayi tidak menerima kalsium yang mencukupi dari ibu, bayi akan mengambil kalsium dari tulang ibu. Oleh yang demikian, sesetangah ibu merasa sakit tulang belakang semasa mengandung
OmegaGuard
  • Perkembangan otak bayi
  • Penglihatan awal bayi
  • Membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin
Alfafa
  • Meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Membantu mengawal pergerakan usus
  • Membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin
GLA Complex
  • Membantu mengawal hormon ibu selepas bersalin. Ketidakstabilan hormon menyebabkan kemurungan.
CoQ Health Plus
  • Diambil selepas bersalin untuk membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru, meningkatkan ketahanan dan stamina serta mengurangkan kelesuan.
Bah. Apa lagi. Jom order! Set ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah untuk ibu yang bakal bersalin.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya di:

Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Juga bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada.

Thursday, December 5, 2013

Health & Wellness Talk

Pada 4hb yang lepas, saya telah menghadiri Health & Wellness Talk di Shaklee Kota Kinabalu. Kali ni, topik yang dibincangkan ialah Nutrisi Lengkap untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu. Memang best!

Saya memang ternanti-nanti topik ni. Kenapa? Sebab saya sendiri belum pernah melalui pengalaman mengandung, bersalin dan menyusu so kadang-kadang customer kurang yakin dengan saya bila mereka nak beli Set Hamil dan Set Menyusu. So sekarang saya, selepas belajar dari pakar nutrisi Shaklee, saya yakin saya boleh menjawab soalan mengenai nutrisi-nutrisi yang perlu diambil oleh ibu hamil dan menyusu.


So stay tuned. Saya akan curahkan segala ilmu yang saya belajar kemarin di entri yang akan datang. Hehe.

Till then, bye! :)

Saya ialah pengedar shaklee di Kota Kinabalu, Sandakan, dan Semporna, juga di seluruh Sabah dan Malaysia.

Monday, December 2, 2013

PROMOSI Bulan Disember

.... ialah OMEGAGUARD!
Yay!! Sangat happy okay sebab kami laki bini ambil OmegaGuard Shaklee. Suami ambil OmegaGuard sebab nak kurangkan tekanan darah tinggi dia. Saya pula sebab nak kecilkan sikit saiz pinggang ni. Haha. Tapi OmegaGuard ni memang best. Bukan orang dewasa ja tau boleh ambil OmegaGuard ni. Kanak-kanan 1 tahun ke atas pun boleh ambil sebab mengandungi DHA dan EPA yang baik untuk perkembangan otak. Ibu mengandung dan ibu menyusu pun disarankan juga ambil OmegaGuard ni untuk membantu perkembangan otak baby. Orang yang nak mengelak sakit jantung pun boleh ambil OmegaGuard sebab boleh bantu pengaliran darah yang baik. Banyaknya kebaikan OmegaGuard!!


Sekarang ni Shaklee ada promotion OmegaGuard. Beli 6 percuma 1. Bolehlah borong sekali terutamanya yang memang mengambil OmegaGuard macam saya dan suami :)


Untuk maklumat lanjut, cepat-cepat hubungi saya di:

SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna, seluruh Sabah dan seluruh Malaysia.

Tuesday, November 12, 2013

Peraduan Vitamins You & Me

Hello hello :)

Ingin menang RM100 dan hadiah misteri? Senang saja. Jom ikut peraduan Vitamins You & Me. Caranya mudah sahaja. Semudah 1, 2, 3.
  1. Buat cartoon strip menggunakan aplikasi BITSTRIPS. Masukkan perkataan Shaklee dan Vitamins You & Me dalam conversation bubble cartoon strip yang anda buat.
  2. Post cartoon tu di laman Facebook, sila beritahu admin dengan cara SMS/Whatsapp 0168474352 atau tag Vitamins You & Me atau Angelina Albinus.
  3. Selepas penyertaan anda diterima, gambar anda akan dimasukkan ke dalam album peraduan di SINI dan anda boleh mula mendapatkan sebanyak mungkin 'like' untuk memenangi pertandingan ini. Jangan lupa maklumkan kepada para pengundi untuk like Vitamins You & Me dulu ya.
Maklumat lanjut, sila rujuk SINI.

Ini ialah contoh.

Pemenang akan diumumkan pada 31/11/2013 pada jam 8pm.

Selamat berjaya!

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Sandakan, dan Semporna serta seluruh Sabah dan Malaysia.

Monday, November 11, 2013

Shaklee vs Ubat Klinik

Antara soalan yang saya selalu terima ialah, 'Boleh ka makan Shaklee kalau makan ubat dari klinik?' atau 'Tidak bahaya ka campur ubat klinik dengan Shaklee?' Interesting questions.

Jawapan, YA dan TIDAK.

Ya, kita boleh makan Shaklee dan ubat klinik tapi kita tidak disarankan makan Shaklee dan ubat klinik serentak.

Kenapa?

Pengambilan vitamin Shaklee dan ubat klinik secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru sebab ada dua benda yang berbeza masuk ke dalam badan sekaligus. Oleh sebab itu, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Buat jadual makan ubat. Jarakkan pengambilan ubat klinik dan vitamin. Contohnya, kalau sekarang kita ambil ubat klinik, tunggu lebih kurang 2 jam, barulah kita ambil vitamin pula.

Daaannn, minum banyak air. Banyak di sini bukan 8 gelas sehari ya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Saya pasti anda mengambil suplemen Shaklee kerana anda mahu sihat kan? So, jangan buat separuh jalan. Buat betul-betul. Ambil suplemen, minum banyak air. Tidak suka / tidak biasa minum banyak air? Haa, baca SINI. Saya bagi tips-tips minum banyak air. Minum air ni bukan saja membantu penyerapan vitamin ya tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga perlu air untuk mencuci buah pinggang.

Demikianlah perkongsian hari ini. Hehe

Sebarang persoalan, jangan malu-malu bertanya ya.

Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna serta seluruh Sabah dan Malaysia.

Thursday, November 7, 2013

Vivix

Promosi bulan ini ialah.... *drumroll* .... VIVIX! Beli 6 boleh dapat percuma 1.

Vivix ni ialah suplemen Shaklee paling perkasa. Banyak kebaikannya. Ada orang ambil untuk membantu mengurangkan masalah-masalah kesihatan yang dihadapi, ada orang ambil untuk kesihatan menyeluruh, ada orang ambil untuk awet muda. Mau tau siapa ambil Vivix untuk kecantikan. Ha, tengok ni. Siapa tuuu??


Ayu Raudhah pun ambil Vivix you. Anda bila lagi?

Berikut ialah antara manfaat Vivix Shaklee:


Beli 2 botol Vivix, dapatkan membership Shaklee secara percuma! Banyak manfaat jadi member Shaklee ni. Salah satu daripadanya ialah 20% off produk Shaklee. Ha, banyak tu. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya k. Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Tuesday, October 22, 2013

Kalendar 2014 & Cuti Sekolah

Nah, ini dia kalendar cuti sekolah 2014. Boleh da buat plan untuk 2014.

Credits to kad-kadkahwin.com

Apakah perkara tarikh pertama yang kamu akan tengok setiap kali kamu melihat kalendar cuti sekolah setiap tahun? Hehe.

That's all for now. Bubye! :)

Saya ialah pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna serta di seluruh Sabah dan Malaysia.

Monday, October 21, 2013

7 Sebab Mengapa Kita Perlu Suplemen

Halloo semua. Hari ni saya mau share pasal mengapa badan kita perlu suplemen. Di sini saya bagi anda 7 sebab:
  1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita boleh perolehi daripada makanan. Contohnya, vitamin C dan vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan di dalam tubuh.
  5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.
  7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

Kadang-kadang kita mengambil remeh tentang pengambilan suplemen kerana beberapa faktor dan diantaranya, yang paling famous, kita beranggapan yang gaya pemakanan kita sudah cukup sihat so vitamin dalam badan pun sudah cukup hanya kerana kita makan makanan sihat. Adakah anda menyediakannya dengan cara sihat juga? Tidak perlu kita tengok jauh-jauh. Tengok ja apa yang kita makan hari ni. Adakah kopi o kurang manis anda betul-betul tidak manis? Adakah sayur yang anda makan tidak terlebih masak dan tidak berminyak? Fikir-fikirkanlah ya.

That's all for now. Bye! :)

Sunday, October 20, 2013

Mengapa Shaklee?

Mengapa Shaklee ialah pilihan suplemen yang tepat untuk anda?
  1. Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa.
  2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.
  3. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.
  4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
  5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.
  6. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.
  7. Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA (Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
Bukan cincai ok. Shaklee sebenarnya ialah real deal. Kenapa saya suka Shaklee dan ambil keputusan untuk jadi distributor? Simple. Because it works. That's all. Kadang-kadang saya kecewa juga bila tengok orang lain yang pernah cuba Shaklee tapi tidak merasa kesannya kerana membeli dari orang yang salah. Itulah pentingnya beli Shaklee dari distributor yang boleh bagi constant consultation sebab distributor begini boleh bantu anda mengambil suplemen Shaklee dengan lebih berkesan dan membantu anda mengatasi healing crisis.

Kesimpulannya, Shaklee memang pilihan yang terbaik untuk anda dan untuk merasa kebaikan Shaklee sepenuhnya, belilah dari distributor yang boleh bagi constant consultation seperti saya. Hihi.

Jangan malu, jangan ragu. Hubungi saya terus k.


Saya ialah pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna dan di seluruh Sabah juga di Semenanjung Malaysia.

Thursday, October 17, 2013

Dimana Shaklee Kota Kinabalu? (dengan panduan video)

Tahukah anda bahawa di Sabah dan Sarawak ini cuma ada SATU branch Shaklee? Tapi, dimanakah kedudukan Shaklee dalam peta? Wahai warga KK sekalian, check this out.


Nampak macam familiar? Hehe

Kalau dari City Mall, jalan terus menuju ke kawasan Iramanis. Di sebelah kanan anda akan nampak ISUZU so kena standby di lorong kanan sebab kena buat U-Turn di traffic light depan sikit lagi.

Kalau dari arah bertentangan pula, maksudnya dari arah Jalan Tuaran, sila tengok video ini. Dalam video ni ada nampak traffic light yang perlu U-Turn kalau datang dari arah City Mall.


Minta maaflah kerana ada sedikit pergaduhan manja di situ. Haha. Dengan yakinnya saya bagitau hubby yang bangunan dekat simpang tu bangunan Isuzu. Padahal Mitsubishi. Haha. Salah ingat.

Okeh, sudah masuk simpang, nampaklah satu bangunan cantik di sebelah kanan. Di bawah bangunan tu ada Restoran Fook Yuen dan Mitsubishi Showroom. Shaklee di tingkat 4 ya.

Ini ialah alamat Shaklee.

Shaklee Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Tel: 6088-393848

Working hours
Monday to Friday, 1st & 2nd Saturday of the month
10am to 7pm

So apa lagi. Jom Shaklee! :)

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna dan di seluruh Sabah.


Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Shaklee? Ketinggalan zaman?

Pada suatu hari, saya berborak-borak dengan kawan. Lalu, keluarlah soalan ini 'Ko tau Shaklee ka?' Reaksi kawan saya itu agak luar biasa. Lucu pun ada, terkedu dek kebenaran pun ada. Dia jawab apa?

Dia jawab 'Ada ka orang tidak tau Shaklee zaman sekarang ni?' Saya mau jawab 'Adaaa' tapi saya diam sebab saya mau dengar apa yang dia akan cakap seterusnya. Dia sambung 'Kalau ada, mesti dia baru keluar dari gua tu'. Nasib baik belum cakap 'Ada'. Haha

Sebenarnya memang masih ada yang belum mengenali Shaklee. Tapi yang sudah kenal pun ramai. Dan kebanyakannya kenal secara online. Mungkin ada diantara yang membaca entri ini sedang mencari-cari produk yang sesuai untuk mereka. See?

Tahniah kerana anda bukan golongan yang baru keluar dari gua. Kalau iya pun, no problem. Saya boleh guide anda supaya anda tahu banyak perkara mengenai kebaikan Shaklee. So, jangan malu-malu bertanya, okay. Saya sedia membantu :)


Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna dan di seluruh Sabah.

Sunday, October 6, 2013

Kebaikan menjadi ahli Shaklee

Entry lepas saya cerita tentang Mengapa Saya Memilih untuk menjadi ahli Shaklee. Hari ni pula saya mau cerita pasal kebaikan menjadi ahli Shaklee dari sudut pandangan saya.

Seperti yang saya bagitau di entry yang lepas, saya jadi ahli Shaklee sebab saya sendiri sudah merasa kebaikan produk Shaklee dan percaya dengan keberkesanannya. Mula-mula tu tiada langsung rasa mau berbisnes Shaklee ni. Tapi, lepas tengok group Shaklee di Facebook (nanti saya cerita group apakah yang dimaksud kan ini), wahh, ramai yang sangat tekun berbisnes dan saya belajar banyak perkara dalam group tersebut. Banyak, okay. Bukan saja pasal produk-produk Shaklee tapi tentang cara-cara untuk menjalankan bisnes.

Jadi, nak dijadikan cerita, saya pun bagitau la upline saya, Kak Ereena Hamzah, yang saya mau cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan Shaklee ni. I must say that I am soooo grateful I met this wonderwoman. Saya bagitau ja dia, tanpa membuang masa, kak Ereena terus membimbing saya step by step. Mind you, pengetahuan saya dalam bisnes Shaklee ni memang zero jadi saya tidak tahu dari manakah perlu saya mula. Tapi syukur dengan bimbingan Kak Ereena, saya belajar sedikit demi sedikit dan boleh berdikari pada hari ini. Walau bagaimana pun, saya masih perlu bimbingan berterusan dari upline saya kerana we learn from the best, right?



Okay. Jom kita tengok apa yang best jadi ahli Shaklee ni.

Share the LOVE
Saya sudah rasa kebaikan Shaklee. Saya mau orang lain pun rasa kebaikan Shaklee juga. Saya pasti kita semua pernah mengalami situasi ini: Kita tengok wayang dan wayang tu sangat best. Kawan kita tercari-cari wayang apakah yang dia nak tengok. Kita pun suggest 'Tengok la wayang (isikan tempat kosong) ni. Best!' Kenapa kita bagitau dia wayang tu best dan suggest dia untuk tengok wayang tu? 1. Sebab kita care dengan dia dan kita mau dia pun rasa duit dia berbaloi untuk tengok wayang tu. 2. Sebab kita tau wayang tu best jadi kita yakin untuk membantu dia membuat pilihan. Begitu la juga dengan saya dan Shaklee. Saya rasa Shaklee best, jadi saya happy kalau saya dapat tolong orang dengan sesuatu yang saya percaya.

Harga Member
Of course la kan. Harga member ni bukan murah RM2-3 tau. Boleh sampai puluh-puluh ringgit. Kalau anda sendiri mengamalkan Shaklee, bukankah boleh berjimat? Kalau kita mau beli untuk family member lagi? Kalau saya memang saya belikan Shaklee untuk parents saya dan suami saya atau siapa-siapa sahaja ahli keluarga terdekat yang memerlukan.

Group FB Shaklee
Untuk pengetahuan anda semua, kami ada group FB kami sendiri di mana kami berkongsi info-info mengenai produk, customer-customer yang mengalami masalah yang unik dan berbeza (kenapa? supaya kami tau apa yang terbaik untuk suggest kepada customer dan pada masa yang sama, belajar untuk kegunaan masa depan). One of the most beautiful thing about this is we make new friends. Belajar bersama-sama, grow together, and jadi kawan. I am grateful with the friends I met in my Shaklee journey. Seriously.

Side Income
Do I earn more than my earning in my current job? No. Not yet. But I will get there, with God's will. Setakat ini pendapatan Shaklee saya memang belum mengatasi pendapatan kerja saya sekarang tapi saya berpuas hati. Kalau dulu memang asyik kering ja. Tengah-tengah bulan tu memang tarik poket keluar, kosong. Ada habuk ja. Tapi syukur la dengan Shaklee, tengah-tengah bulan ni ada la juga duit masuk. Hehe. And good news! Bonus Shaklee masuk time tengah bulan. Wah, tau-tau ja Shaklee ni masa-masa kering. Am I happy? I am contented :)

More than just supplement / business
Bagi saya, Shaklee is more than just supplement / business. It's a lifestyle. Bila sudah jual Shaklee ni, takkan saya sendiri tidak mengamalkan Shaklee kan. Betul, memang rasa perbezaannya kalau badan cukup vitamin-vitamin yang diperlukan. Bila sudah rasa perbezaannya, mulalah timbul rasa untuk mau yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Mulalah saya membebel kalau suami saya lupa minum banyak air. Haha. Hei, itu perkara bagus okay. Saya mau dia pun sihat. Terdorong mau jadi lebih sihat so mula la cara hidup sihat. Makan pun berpada-pada. Kalau dulu main hentam ja makanan di luar. Bila sudah tau tentang betapa terdedahnya kita kepada bahaya radikal bebas dan racun-racun serangga dalam makanan, kita pun jadi lebih berhati-hati.

So, itulah kebaikan-kebaikan yang saya rasa menjadi ahli Shaklee. Kenapa saya share? Berbalik kepada kebaikan yang pertama: Share the LOVE.

Jadi saya menyeru kepada sesiapa sahaja yang membaca entry ini, kalau anda mempunyai sebarang soalan, tidak kiralah mengenai membership atau produk Shaklee, sila hubungi saya terus k. Saya akan bantu anda dengan sedaya upaya saya.

That's all for now. Bye!

Love,
Angel
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Saya ialah Shaklee Independent Distributor anda di Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna dan di seluruh Sabah.

Saturday, October 5, 2013

Mengapa saya memilih untuk jadi ahli Shaklee?

Sebab saya menjadi ahli Shaklee ialah..... Set Kecantikan Kulit Shaklee (ESP + Vita-E)!

Sebelum saya mencuba Set Kecantikan Kulit Shaklee, memang saya sudah beli produk Shaklee yang lain iaitu set kesuburan tapi rasa ingin tahu tu lebih menebal untuk mencuba produk yang lain. Kebetulan saya sedang mencari produk kulit. So, akhirnya Set Kecantikan Kulit itu sampai ke tangan saya.

Dulu saya ada jerawat pasir di dahi dan dagu dan sedikit di pipi. Selepas hanya 4 hari mengamalkan Set Kecantikan Kulit Shaklee, jerawat mula kecut dan kering! Sukanya! Lepas tu, tanpa membuang masa, dengan rasa excited sebab jerawat sudah kurang, saya hubungi orang yang memperkenalkan saya kepada set itu dan terus mendaftar menjadi ahli!


Salahkan set ini sebab saya menjadi ahli Shaklee dan jadi gila Shaklee!! Haha

Banyak kebaikan Shaklee ni sebenarnya. Kita hanya perlu buka hati untuk mencuba. Saya tidak boleh paksa anda beli dan cuba dan suka Shaklee. Cuma apa yang saya boleh jamin ialah, dalam semua produk Shaklee, mesti ada sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada anda. Contohnya anda mengalami masalah haid tidak teratur, ada GLA Complex. Mau kurus, ada Cinch Mix Shake. Anak tidak suka makan sayur, ada Mealshakes. Anda hanya perlu bagitau saya apa yang anda cari, with God's will, mesti ada sesuatu yang Shaklee boleh tawarkan dan bantu anda. Tapi kalau nak produk untuk cari jodoh tu memang tiada la ya. Haha

Saya sudah rasa kebaikan dan manfaat Shaklee. Anda bila lagi?

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Shaklee atau bagaimana untuk menjadi ahli Shaklee, feel free to contact me at:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Till we meet again. Have a great weekend.

Love,
Angel