Saturday, September 21, 2013

Rutin Pagiku

Saya suka bangun awal pagi. Sebab saya rasa saya banyak MASA. Cuti-cuti pun saya bangun awal juga sebab kalau bangun lambat, boleh bad mood jadinya. Kenapa? Sebab saya fikir 'Alamakk!! Pukul sepuluh! Hari ini saya sudah bazir masa 3 jam! Sudahlah weekend ni bukan selalu, lambat bangun lagi bazir masa'. So I enjoy waking up early.

Lepas bangun tu, kalau weekdays, selalunya saya akan beryoga dulu. Walaupun saya plus-sized, saya mau juga buat yoga! Haha. Best buat yoga ni. Yoga buat saya lebih fokus dengan diri saya. Dulu saya buat yoga sebab saya mau kurus. Sekarang saya mau kurus supaya dapat buat yoga dengan lebih baik. Mau bagi ringan-ringan sikit badan supaya boleh angkat badan sendiri. hehe



 Lepas tu, breakfast dengan Cinch. Aiya, tiada pula ambil gambar breakfast hari ni. Soon, saya share k.

Lepas breakfast, ambil supplement Shaklee. Ini ialah supplement yang saya ambil setiap pagi.


Untuk pengetahuan anda, saya amalkan Set Kesihatan Wanita dan Set Kurus.

Selepas semua tu, rasa lebih bersemangat mau memulakan hari dengan bertenaga. hehe

Anda pula bagaimana? What is your morning routine?

Saya ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan dan di seluruh Malaysia.

Set Ibu Hamil Budget

Hah kali ni pula saya mau share pasal Set Ibu Hamil Budget Shaklee. Walaupun saya sendiri belum mengandung (soon, with God's will, hehe), tapi ada baiknya saya share tentang set ini untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

So ini ialah Set Ibu Hamil Budget:


Bila la agaknya saya boleh ambil set ni ya? Doakan saya ya kawan-kawan. Hehe :)

Maklumat lanjut mengenai set ini, sila hubungi saya di:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352

Saya ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Sabah. Juga bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada.

Friday, September 20, 2013

Review Set Kecantikan Kulit

Hello semua. Hari ni saya mau kongsi pasal Set Kecantikan Kulit Shaklee, set favourite saya. Ini ialah Set Kecantikan saya. Set budget je tapi sangat berkesan untuk saya. Set ini terdiri daripada Vita-E Complex dan ESP.


Dulu muka saya ada jerawat pasir dan sedikit jerawat batu  bertaburan di dahi dan di dagu. Lepas 3 hari ambil Vita-C jerawat-jerawat tu mula kering. Masih ada tapi mula kering dan kecut. Lepas satu minggu, jerawat tu berkurangan. Kulit pun semakin licin. Sekarang, jerawat di dahi tu memang totally gone. Tinggal la jerawat di dagu tapi itu pun tinggal sikit. Saya pun tidak berniat mau jadikan jerawat di dagu tu kenang-kenangan jadi saya teruskan la mengamalkan Set Kecantikan Kulit ini.

Untuk pengetahuan anda semua, saya membuat keputusan untuk mengadi pengedar Shaklee selepas melihat kesan set ini kepada saya. Vita-E tu la yang bertanggungjawab membuatkan saya gila Shaklee! Haha.

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit, saya sangat syorkan set ini. Kadang-kadang kita fikir kalau kulit cantik, kena ada pencuci muka yang betul. Jadi kita pun pegi la try setiap pencuci muka yang ada di Watson dan Guardian. Ramai yang tidak terfikir untuk mencantikkan kulit dari dalam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352
FB Page: Vitamins You & Me

Saya ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Semporna dan Sandakan dan di seluruh Malaysia.

Thursday, September 19, 2013

Alamak! Terlebih sudah!

Hello semua. Ni mau update sikit pasal weightloss journey saya.

Last weekend balik KK. Kalau sudah balik rumah tu memang sah-sah tidak boleh elak makanan. Namun, saya cuba juga bertahan. Saya makan sikit sebab bapa saya tidak suka orang yang tidak makan waktu masa makan. Tapi sikit tu pun sebenarnya... agak banyak juga la. Banyak dari yang biasa. Ha, tu satu. Yoga pula langsung tidak buat! 4 hari di rumah, seminit pun tiada masa beryoga. Lagi la. Rasa bersalah dalam dada ni menebal rasa macam mau hantuk kepala di dinding.

Fast forward. Cuti habis. Balik ke tempat kerja. Sambung diet dan yoga. Naik penimbang. Naik 400g. Ambik kau! Saya pun apa lagi. Panik la. Serta merta sambung diet. 2 hari kemudian, hilang balik 400g tu. Syukur. Baiklah. Insaf!! Tidak mau naik lagi!

Geng Cinch semakin bertambah. Happynya. Hehe. Saya rasa saya perlu buat satu secret group la untuk support customer Cinch aka teman seperjuangan Cinch saya. Kalau ramai best sikit. Dalam group tu boleh share info dan bagi semangat di antara satu sama lain. Betul tak?

Baiklah. Sekian saja laporan weightloss saya hari ini. Kita berjumpa lagi di masa akan datang dan pada masa itu, anda akan berjumpa dengan Angelina yang lebih ringan. Hehe :)



Bye! :)

Monday, September 9, 2013

Cinch Review

Pagi tadi naik atas scale. Berat badan menunjukkan angka yang lebih kecil! Dari 68.7kg ke 67.7kg! Wahh. Turun 1kg selepas 3 hari mengambil Cinch!

Ini ialah set megurangkan berat badan saya:

OmegaGuard, Cinch, Alfafa

Mula-mula saya ambil OmegaGuard & Alfafa Complex sahaja. Dua supplement ini la yang membantu saya turun dari 70.5kg ke 68.7kg. Lepas tu tengok dompet, ada duit lebih sikit jadi saya try la Cinch. Lagipun saya mau tengok sejauh mana saya boleh mengurangkan berat badan dengan Cinch. Kalau berkesan dengan saya, saya boleh share dengan anda semua. Betul? Setakat ni, I am one happy Cinch-er! Sudah la sedap, mengurangkan berat badan lagi. I like!

Selain mengambil set ini, saya juga buat senaman yoga setiap hari dan gaya hidup saya memang aktif. Nama pun cikgu kan, kerja saya di sekolah selain mengajar ialah berdiri, berjalan ke kelas yang berblok-blok jauhnya dan naik tangga bangunan. Pada masa yang sama, saya sengaja melebihkan kerja-kerja yang saya buat supaya dapat membakar lebih kalori dari yang biasa. Bukan duduk diam tunggu berat badan turun tau. Salah tu.

Sekiranya anda sampai di sini dan membaca review ini, anda mungkin sedang mencari bagaimana cara nak menurunkan berat badan, apakah produk menurunkan berat badan Shaklee yang sesuai dengan anda, atau anda mungkin sedang membuat research mengenai keberkesanan Cinch dan produk Shaklee yang lain. Apa pun sebab anda, anda berada di tempat yang betul kerana saya akan membantu anda.

Jom turunkan berat badan bersama-sama. Best kalau ada geng ni. Lebih bersemangat dan fokus :)

Sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma, silalah hubungi saya di:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352