Sunday, March 9, 2014

I am back!

Hi semua.

Minta maaf banyak-banyak sebab baru muncul semula di alam maya ini. Selama saya diam-diam ni, banyak perkara sudah terjadi. Antaranya, mengikut kronologi:
  1. Bertukar ke Kota Kinabalu - Untuk pengetahuan semua dan kepada yang belum tau, sebelum ni saya bekerja di Semporna. Sekarang saya telah bertukar ke Kota Kinabalu. Tapi customer di Semporna dan Sandakan jangan risau. Jarak Semporna-KK dan Sandakan-KK tu dekat ja kalau di peta. Maksudnya, masih boleh dicapai dengan courier, poslaju, penghantaran menggunakan bas, dsbgnya. Shaklee anda tetap akan bergerak ke sana k. Oleh kerana baru berpindah, agak sibuk sikit sampai tiada masa buat blogging.
  2. Ibu meninggal dunia - Pada tanggal 31 Januari yang lalu, ibu tersayang saya telah dipanggil oleh Sang Pencipta kerana sakit cancer. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya dan bagaimana rindunya saya dengan mendiang ibu saya tapi saya harus tabah. Semasa ibu saya sakit, saya ada memberikan ibu saya Nutriferon dan Vivix. Nutriferon sangat membantu ibu saya dalam mengatasi ketidakselesaan akibat rawatan kemoterapi. Vivix pula memberi tenaga kepadanya kerana pesakit cancer yang menjalani rawatan kemoterapi akan berasa lemah selepas menerima rawatan. Saya akan berkongsi tentang bagaimana Shaklee boleh membantu pesakit cancer.
  3. Mengambil masa untuk menyesuaikan diri - Belum sempat saya menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan tempat kerja baru, ibu saya kembali kepada Sang Pencipta. Saya sangat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang saya sebutkan tadi. Namun begitu, bisnes Shaklee tidaklah saya abaikan sewenang-wenangnya. Saya tetap berusaha secara offline dan di Facebook. Saya tetap ber-whatsapp dengan group OSE saya. Dan hasil dari usaha itu, saya telah berjaya mencapai sesuatu iaitu.... hehe. Nanti saya akan blog pasal tu k.
Demikianlah panjang lebar penerangan kenapa saya menyepi tanpa khabar di blog ini. Saya berharap, anda semua masih ingat saya dan masih setia membaca blog saya.

So, saya rasa sampai di sini sajalah untuk hari ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee dan peluang bisnes Shaklee, jangan ragu dan jangan malu untuk contact saya di 0168474352 k. Whatsapp2 pun boleh. hehe

Bye bye :)

Saya ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu dan bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada.

Friday, December 6, 2013

Set Ibu Hamil dan Ibu Menyusu Shaklee

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi ilmu yang saya pelajari semasa menghadiri Health & Wellness Talk bertopik Nutrisi Lengkap untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu.

Mengapa nutrisi lengkap penting untuk ibu hamil dan ibu menyusu?

  • Ibu sihat
  • Bayi sihat
  • Kelahiran tanpa komplikasi
Selepas bersalin, sesetengah ibu berhadapan dengan masalah berikut:
  • kurang susu ibu
  • masalah berat badan
  • baby blues atau kemurungan yang diakibatkan oleh hormon yang tidak seimbang
  • osteoporosis, sakit bahu, sakit punggung
Kepentingan nutrisi selepas bersalin
  • Pemulihan selepas bersalin
  • Penyusuan
  • Meningkatkan kesihatan

Ok, sekarang kita suda tahu mengapa ibu hamil dan ibu menyusu memerlukan nutrisi lengkap dan inilah Set Ibu Hamil dan Set Ibu Menyusu Shaklee yang disyorkan oleh pakar nutrisi kami.


Setiap botol ni ada kegunaan dan kepentingan tersendiri. Jom baca mengapa ibu hamil dan ibu menyusu perlu Set Ibu Hamil dan Set Ibu Menyusu ni.

ESP Soy Protein Isolate Powder

  • Semasa hamil, ESP penting untuk memastikan pertumbuhan bayi sihat. Protien diperlukan untuk pembentukan tisu baru. Juga memberi tenaga berpanjangan kepada ibu.
  • Selepas bersalin, ESP penting untuk penghasilan susu ibu penuh nutrisi selain memberi tenaga kepada ibu.
Sustained Release Vita-C Plus
  • Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik
  • Penting dalam penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan
  • Meningkatkan sistem imun supaya tidak mudah terkena jangkitan penyakit
Vita-Lea Iron Formula
  • Memberi vitamin lengkap kepada ibu dan anak
  • Diperkaya dengan zat besi yang merupakan komponen penting dalam hemoglobin yang membawa oksigen kepada bayi
  • Kekurangan zat besi menyebabkan anemia dan kelahiran pra-matang
B-Complex
  • Penting untuk motor sensor dan perkembangan otak bayi
  • Mencegah kecacatan tiub neural
  • Meningkatkan fungsi saraf
  • Selepas bersalin, penting dalam proses pemulihan dan mengurangkan risiko kemurungan (baby blues)
  • Penghasilan susu berkualiti
Ostematrix
  • Membina dan menghasilkan tulang yang kuat
  • Tahukah anda, jika bayi tidak menerima kalsium yang mencukupi dari ibu, bayi akan mengambil kalsium dari tulang ibu. Oleh yang demikian, sesetangah ibu merasa sakit tulang belakang semasa mengandung
OmegaGuard
  • Perkembangan otak bayi
  • Penglihatan awal bayi
  • Membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin
Alfafa
  • Meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Membantu mengawal pergerakan usus
  • Membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin
GLA Complex
  • Membantu mengawal hormon ibu selepas bersalin. Ketidakstabilan hormon menyebabkan kemurungan.
CoQ Health Plus
  • Diambil selepas bersalin untuk membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru, meningkatkan ketahanan dan stamina serta mengurangkan kelesuan.
Bah. Apa lagi. Jom order! Set ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah untuk ibu yang bakal bersalin.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya di:

Call/SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Juga bersedia untuk mencapai anda di mana jua anda berada.

Thursday, December 5, 2013

Health & Wellness Talk

Pada 4hb yang lepas, saya telah menghadiri Health & Wellness Talk di Shaklee Kota Kinabalu. Kali ni, topik yang dibincangkan ialah Nutrisi Lengkap untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu. Memang best!

Saya memang ternanti-nanti topik ni. Kenapa? Sebab saya sendiri belum pernah melalui pengalaman mengandung, bersalin dan menyusu so kadang-kadang customer kurang yakin dengan saya bila mereka nak beli Set Hamil dan Set Menyusu. So sekarang saya, selepas belajar dari pakar nutrisi Shaklee, saya yakin saya boleh menjawab soalan mengenai nutrisi-nutrisi yang perlu diambil oleh ibu hamil dan menyusu.


So stay tuned. Saya akan curahkan segala ilmu yang saya belajar kemarin di entri yang akan datang. Hehe.

Till then, bye! :)

Saya ialah pengedar shaklee di Kota Kinabalu, Sandakan, dan Semporna, juga di seluruh Sabah dan Malaysia.

Monday, December 2, 2013

PROMOSI Bulan Disember

.... ialah OMEGAGUARD!
Yay!! Sangat happy okay sebab kami laki bini ambil OmegaGuard Shaklee. Suami ambil OmegaGuard sebab nak kurangkan tekanan darah tinggi dia. Saya pula sebab nak kecilkan sikit saiz pinggang ni. Haha. Tapi OmegaGuard ni memang best. Bukan orang dewasa ja tau boleh ambil OmegaGuard ni. Kanak-kanan 1 tahun ke atas pun boleh ambil sebab mengandungi DHA dan EPA yang baik untuk perkembangan otak. Ibu mengandung dan ibu menyusu pun disarankan juga ambil OmegaGuard ni untuk membantu perkembangan otak baby. Orang yang nak mengelak sakit jantung pun boleh ambil OmegaGuard sebab boleh bantu pengaliran darah yang baik. Banyaknya kebaikan OmegaGuard!!


Sekarang ni Shaklee ada promotion OmegaGuard. Beli 6 percuma 1. Bolehlah borong sekali terutamanya yang memang mengambil OmegaGuard macam saya dan suami :)


Untuk maklumat lanjut, cepat-cepat hubungi saya di:

SMS/Whatsapp: 0168474352 (Angel)

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna, seluruh Sabah dan seluruh Malaysia.

Tuesday, November 12, 2013

Peraduan Vitamins You & Me

Hello hello :)

Ingin menang RM100 dan hadiah misteri? Senang saja. Jom ikut peraduan Vitamins You & Me. Caranya mudah sahaja. Semudah 1, 2, 3.
  1. Buat cartoon strip menggunakan aplikasi BITSTRIPS. Masukkan perkataan Shaklee dan Vitamins You & Me dalam conversation bubble cartoon strip yang anda buat.
  2. Post cartoon tu di laman Facebook, sila beritahu admin dengan cara SMS/Whatsapp 0168474352 atau tag Vitamins You & Me atau Angelina Albinus.
  3. Selepas penyertaan anda diterima, gambar anda akan dimasukkan ke dalam album peraduan di SINI dan anda boleh mula mendapatkan sebanyak mungkin 'like' untuk memenangi pertandingan ini. Jangan lupa maklumkan kepada para pengundi untuk like Vitamins You & Me dulu ya.
Maklumat lanjut, sila rujuk SINI.

Ini ialah contoh.

Pemenang akan diumumkan pada 31/11/2013 pada jam 8pm.

Selamat berjaya!

Saya, Angelina Albinus, ialah pengedar Shaklee anda di Kota Kinabalu, Sandakan, dan Semporna serta seluruh Sabah dan Malaysia.