Wednesday, August 28, 2013

Tips Minum Banyak Air

Adakah anda tidak suka minum air? Tidak suka sebab buat perut kembung. Tidak suka sebab rasa plain ja tidak sedap. Well, mari kita ubah itu.

Meminum air yang banyak sangat penting untuk kita. Saya rasa kita semua sudah maklum mengenai hal itu cuma kita saja yang pura-pura buat tidak tahu kan. Saya rasa tidak perlu saya terangkan mengapa kita perlu minum banyak air di sini sebab info mengenai topik tu banyak di internet. Hanya di hujung jari anda sahaja.


Dulu, saya sendiri tidak suka minum air. Selalu lupa. Rasa mau sihat tu ada cuma mungkin belum cukup kuat untuk ingat minum 8 gelas air setiap hari. Sehinggalah saya belajar tips minum banyak air. Begini caranya.

Kita tidak suka minum banyak air sekali harung sebab buat kita rasa kenyang melampau dan kadang-kadang tu rasa macam mau muntah pun ada. So apa yang kita buat ialah kita letak ja botol air di meja kita atau dekat dengan kita. Kita pakai prinsip sip-by-sip iaitu kita minum satu teguk lepas tu letak balik botol air atas meja, sambung buat kerja. Take 5, ambil lagi satu sip. Tengah buat kerja, terpandang botol air, teringat nak minum air, ambil lagi satu sip. Lama-lama akan menjadi habit. Kalau sudah jadi habit, satu teguk air tu bertukar jadi dua teguk, tiga teguk, dan jadi satu gelas air.

Kadang-kadang semasa berbual-bual dengan kawan atau menonton TV, saya peluk mineral water besar tu. Saya memang suka ada benda atas riba. Kalau dulu tengok TV peluk bantal, sekarang peluk botol air pula. Haha. Pernah hari tu, tidak sampai 1 jam saya duduk dengan borak dengan kawan saya, habis satu mineral water besar! Tidak perasan pun minum.

Yang penting kita develop habit minum air tu dulu. Lepas dah jadi peminum air tegar, automatik kalau badan kurang air, kita pandai cari air sendiri.

Tidak rugi minum air. Banyak kebaikan dia. Kita ja pura-pura buat tidak tau dan pilih untuk minum minuman manis, minuman bergas dan kadang-kadang tidak minum air. Suami saya pun dulu suka minum air manis. Air kosong tu memang dia tidak sentuh langsung. Jadi, saya la yang selalu rajin sorong mineral water tu bagi dia. Sekarang dia pun suda jadi peminum air tegar macam saya juga.

Ni gambar kami suami isteri minum air. (Hahaha. Of course not!)

Demikianlah tips minum banyak air dari saya. Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye!

We share because we believe

No comments:

Post a Comment