Wednesday, August 28, 2013

Tips Minum Banyak Air

Adakah anda tidak suka minum air? Tidak suka sebab buat perut kembung. Tidak suka sebab rasa plain ja tidak sedap. Well, mari kita ubah itu.

Meminum air yang banyak sangat penting untuk kita. Saya rasa kita semua sudah maklum mengenai hal itu cuma kita saja yang pura-pura buat tidak tahu kan. Saya rasa tidak perlu saya terangkan mengapa kita perlu minum banyak air di sini sebab info mengenai topik tu banyak di internet. Hanya di hujung jari anda sahaja.


Dulu, saya sendiri tidak suka minum air. Selalu lupa. Rasa mau sihat tu ada cuma mungkin belum cukup kuat untuk ingat minum 8 gelas air setiap hari. Sehinggalah saya belajar tips minum banyak air. Begini caranya.

Kita tidak suka minum banyak air sekali harung sebab buat kita rasa kenyang melampau dan kadang-kadang tu rasa macam mau muntah pun ada. So apa yang kita buat ialah kita letak ja botol air di meja kita atau dekat dengan kita. Kita pakai prinsip sip-by-sip iaitu kita minum satu teguk lepas tu letak balik botol air atas meja, sambung buat kerja. Take 5, ambil lagi satu sip. Tengah buat kerja, terpandang botol air, teringat nak minum air, ambil lagi satu sip. Lama-lama akan menjadi habit. Kalau sudah jadi habit, satu teguk air tu bertukar jadi dua teguk, tiga teguk, dan jadi satu gelas air.

Kadang-kadang semasa berbual-bual dengan kawan atau menonton TV, saya peluk mineral water besar tu. Saya memang suka ada benda atas riba. Kalau dulu tengok TV peluk bantal, sekarang peluk botol air pula. Haha. Pernah hari tu, tidak sampai 1 jam saya duduk dengan borak dengan kawan saya, habis satu mineral water besar! Tidak perasan pun minum.

Yang penting kita develop habit minum air tu dulu. Lepas dah jadi peminum air tegar, automatik kalau badan kurang air, kita pandai cari air sendiri.

Tidak rugi minum air. Banyak kebaikan dia. Kita ja pura-pura buat tidak tau dan pilih untuk minum minuman manis, minuman bergas dan kadang-kadang tidak minum air. Suami saya pun dulu suka minum air manis. Air kosong tu memang dia tidak sentuh langsung. Jadi, saya la yang selalu rajin sorong mineral water tu bagi dia. Sekarang dia pun suda jadi peminum air tegar macam saya juga.

Ni gambar kami suami isteri minum air. (Hahaha. Of course not!)

Demikianlah tips minum banyak air dari saya. Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye!

We share because we believe

Tuesday, August 27, 2013

Set Kesihatan Keluarga

Haloo semua. Hari ni mo cerita pasal Set Kesihatan Keluarga atau Family Wellness Set. Set ini ialah untuk overall wellness yang memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan

  • membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • membantu anda berasa lebih bertenaga
  • menguatkan sistem imun anda
  • membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.
Set ini terdiri daripada ESP, Vita-Lea, Vita-C dan B-Complex:



Okay mari kita godek-godek sikit pasal set ini.

ESP Soy Protein Isolate Powder
Ini rasanya semua orang tau kan kebaikannya. ESP ni merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ESP, CLICK DISINI.

Vita-Lea
Vita-Lea ni ialah multivitamin dan multimineral. Antara kebaikan Vita-Lea ialah:
  • meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas
B-Complex
B-Complex ni ialah kombinasi 8 vitamin B. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada dari segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.

Sustained Release Vita-C Plus
Vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

Sebarang pertanyaan atau konsultasi percuma, hubungi saya terus di:
Call/ SMS/Whatsapp: 0168474352

We share because we believe

Monday, August 26, 2013

Set Kesihatan Lelaki

Good morning! Kemarin cerita pasal Women's Heatlh Set. Hari ni pula mo cerita pasal Men's Vital Health.

Ini ialah set lengkap untuk kesihatan lelaki. Set ini terdiri daripada Vita-E Complex, Zinc Complex, dan Omega Guard.


Now, mari kita tengok bagaimana setiap botol supplement ini membantu lelaki dalam penjagaan kesihatan.

Vita-E Complex
Vitamin E ialah sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun.

Zinc Complex
Antara kebaikan zinc kompleks ialah:

  • menghalang rambut gugur
  • meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
  • baik untuk kesihatan prostat
  • meningkatkan kualiti sperma
Omega Guard

Omega Guard ini pada umumnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Omega Guard juga merupakan salah satu supplement dalam set kesihatan wanita. Antara kebaikan Omega Guard yang lain ialah:

  • mengalakkan pertumbuhan mental untuk orang dewasa dan kanak-kanak
  • mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah (bagi yang mempunyai penyakit darah tinggi)
  • mnegurangkan risiko kanser prostat dan usus
  • mengurangkan radang sendi

Jadi begitulah cerita set kesihatan lelaki.

Sebarang pertanyaan atau konsultasi percuma, sila hubungi saya di:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352

Set Kesihatan Wanita Shaklee

Kali ini blog entri ini ditujukan kepada semua wanita. Sebagai wanita, kita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupan, dari akil baligh, wanita melalui kehamilan lagi. Kehamilan saja pun ada pre- while- post. Lepas tu menopos. Menopos tu pun ada lagi peringkat-peringkatnya. Pendek kata, banyaklah peringkat-peringkat dalam hidup yang kita perlu tempuhi.

Oleh itu, kita perlu supplement yang membantu kita menghadapi masalah-masalah kewanitaan dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Shaklee ada 3 supplement yang sesuai untuk wanita.


GLA Complex
Okeh, mari kita mulakan dengan GLA Complex. GLA Complex ni sangat sinonim dengan wanita tapi lelaki pun boleh ambil juga. Tiada masalah. Antara kebaikan GLA ialah:
  • membantu badan mengawalatur proses badan yang normal (contohnya saya sendiri, saya mengambil GLA kerana kitaran haid saya tidak teratur. GLA membantu saya menstabilkan hormon sekaligus membuatkan kitaran haid saya normal)
  • menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid (membantu mengurangkan sakit senggugut)
  • menyokong sistem imun badan

OsteMatrix
OsteMatrix ni merupakan sumber kalsium yang kaya dan bagus untuk tulang. Selain itu, Ostematrix membantu kita:
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan
Omega Guard
Omega Guard ini pada umumnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Omega Guard juga merupakan salah satu supplement dalam set kesihatan lelaki. Antara kebaikan Omega Guard yang lain ialah:
  • menggalakkan pertumbuhan mental untuk orang dewasa dan kanak-kanak (EPA & DHA)
  • mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
  • mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus
  • mengurangkan radang sendi
Jadi 3 supplement ini sekiranya digabung menghasilkan satu kombinasi mantap untuk kesihatan wanita. Bukankah wanita sihat sentiasa kelihatan yakin dan cantik?

Untuk sebarang pertanyaan ataupun konsultasi percuma, sila hubungi saya di:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352



Sunday, August 25, 2013

GLA Complex

GLA Complex Shaklee ni ialah produk Shaklee yang PERTAMA saya beli. Lepas beli, ambil, dan rasa kebaikan GLA ni, barulah saya membeli supplement Shaklee yang lain. Saya rasa ia bagus untuk saya so why not cuba yang lain. Lepas cuba supplement lain dan rasa kebaikan Shaklee, saya mendaftar menjadi pengedar sah Shaklee sebab banyak kebaikan dia jadi pengedar ni. Besok saya cerita k pasal tu. Kesimpulannya, supplement inilah sebab bermulanya perjalanan Shaklee ku. Supplement inilah juga yang membawa kita ke pertemuan alam maya ini. Aisehmen.

Baiklah. Kita balik ke pangkal jalan. GLA Complex.

GLA ni ada banyak kebaikan. Saya ambil GLA sebab period saya tidak teratur. Selepas guna dalam seminggu begitu, saya perasan jerawat pasir di dahi saya semakin menghilang. Jerawat batu (yang betul-betul 'batu' la tahap kalau nak sembuh kena tunggu 5 hari) pun berkurangan dengan cepatnya. Tidak sempat pun sakit jerawat tu. Iya la. Kan kalau jerawat batu yang besar tu let's say tumbuh di bawah hidung, gerak sikit hidung, rasa sakit. Terima kasih kepada botol kecil berwarna hijau itu, tidak sempat pun saya rasa sakit jerawat tu. Ini semua kerana kandungan Vitamin E dalam GLA membantu menghaluskan kulit dan menyembuhkan luka.

Ini ialah GLA Complex Shaklee.


Dan ini pula ialah info lanjut mengenai manfaat dan kebaikan GLA credits to Master Azrin Mohd. Kalau kurang jelas, click pada gambar ya.


Untuk konsultasi percuma dan maklumat lanjut, sila hubungi saya di:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352

ESP Soy Protein Isolate Powder

ESP Soy Protein Isolate Powder ni ialah salah satu produk Shaklee yang paling saya suka. Kalau ada orang membeli supplement dari saya, mesti saya tanya ada ESP ka tidak dan kalau tiada saya introduce. Kenapa? Ini sebab-sebab saya:
  1. Sedap! Saya ni kalau sedap on ja. haha. Saya sebenarnya kureng sikit kalau rasa soya ni. ESP ni kan soya. Tapi ESP ni boleh masuk pula. Rasa dia tiada la manis sangat. Just the way I like it. 
  2. Bagus untuk diambil bersama supplement yang lain sebab dia akan membantu menyerap khasiat-khasiat dari supplement yang kita ambil ni. Itu la sebabnya ESP ni selalu berjalan seiring dengan supplement Shaklee yang lain.
Ha, itu personal reason saya. Banyak lagi kebaikan ESP ni. Cuba baca sikit di gambar di bawah ni.


Jadi, begitulah kisahnya hubungan ESP dengan saya. Hehe.

Untuk konsultasi percuma, hubungi saya di:
Call/SMS/Whatsapp: 0168474352

Saya ialah pengedar sah Shaklee

Halu semua. Welcome to my blog!

Saya, Angelina Albinus, ialah pemilik blog ini dan saya ialah pengedar sah Shaklee ID968384. Saya beroperasi di Kota Kinabalu, Sandakan, dan Semporna tapi perkhidmatan pos kan ada. Biarlah di Sabah ka, di Sarawak ka, di Semenanjung Malaysia ka, anytime anywhere.

So sekali lagi, selamat datang ke blog saya. Selamat berSHAKLEE :)